Monday, February 15, 2010

mengatasi masalah mengantuk...


setiap org pasti mengalami masalah mengantuk nie kan..hurmm lagi2 bila ketika badan terlalu penat, kekenyangan dan faktor persekitaran yang sunyi sepi. aku mmg mudah betul kena penyakit mengantuk nie..dari time study smpaila sekarang nie. tp bab kata emy@mimo kwn aku lu pulak, bknnyer mengantuk @ nak tdo tp just rehatkan mata.. hee tue je la alasan yg boleyla diterima asenyer..
ada 6 tips untuk mengatasi masalah mengatuk nie. so jom kita praktis sama2..hee aku pon nak try gak neh! :)



  1. Hampiri kawasan cahaya
suasana di dalam kelas @ pejabat yang sejuk dan bercahaya redup menyebabkan kamu mudah rasa mengantuk. so langkah pertama, sekiranya rasa mengantuk ialah mencari tempat yang terang. contohnya, cahaya semulajadi di tepi tingkap.cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. so bolehla menghampiri jendela atau pintu dan pandanglah keluar seketika. untuk student pulak lebih elok la cari tempat duduk di tepi tingkap. xkan nk berjalan2 pulak masa belajar.tp kalau untuk didalam kelas yg xde tingkap pula makan jela sweet..pape pun jenis perasa yg anda suka.. :)

2. cuci muka
ia mungkin perkara terakhir yg sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. so untuk student bolehla mnta keizinan utk mencuci muka supaya lebih segar. tp jangan amek kesempatan untuk ponteng pulak ya..
untuk pekerja@ student wanita yg telah siap bersolek mayb ia amat menyusahkan, tetapi jika perlu mmg tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. wangian aromaterapi

untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat. bolehla juga menyimpan minyak wangi @ wangian aromaterapi di pejabat.
tempatkan wangian di atas meja. pastinye semngat untuk bekerja akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat merangsang deria bau sekaligus menghilangkan rasa mengantuk. Antara bauan yg sesuai adalah mint dan lemon.

4. senaman ringan

senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh dilakukan utk menghilangkan rasa mengantuk. elakkan daripada duduk tanpa bergerak dlm tempoh yg lama. sebaiknya bgn sekurang2nya 30 minit sekali untuk berjalan seketika.

if rajin wat la skipping..hee :)


5. dengar muzik

Muzik ialah salah satu cara terbaik untuk hilangkan rasa mengantuk. so x salah kan bekerja smbil mendengar lagu asalkan tak leka kan..
tp jgn pasang kuat2 la :D

6. memandang pepohon hijau.
sekiranya pejabat atau tempat belajar mempunyai taman yg indah, manfaatlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk. keluar atau memandang sebentar pepohon hijau beberapa minit.



senangkan.. tp yg no 6 tue aku nye opis xde la taman2 nie.. x kisah la yg penting yg lain tue boleh di praktikan kan..
semoga u all dpt la mempraktikan tips2 nie bersama-sama sya yer.. :D

3 comments:

enyheartsdiamond said...

sekarang dah ada sabun tak mengantuk

gooseberries said...

hee :)
gud2 mcm2 cara ada kan..

rashid said...

Ngantok menyingkatkan masa hidup kita...tapi tak ley selalu sangat tido, nanti tak maju...thanks for the tipsss...see my blog for info too...daaa