Tuesday, March 2, 2010

aku happy bila..


aku happy bila aku menang contest. x sangka2 menang la pulak. Hadiah lak sakira letak banner yang comel siap ada gambar aku lagi kat blog dia.
thank you to sakira.
so if nak tgk klik kat nama sakira tue.

banyak perkara berlaku dalam kehidupan kita bukan? ada gembira n ada juga masa-masa kita bersedih. so aku tak nak la cerita pasal sedih-sedih ni. tak best la pulak kan.

masa sekolah rendah memang best. aku selalu je dapat hadiah setiap tahun. kira happy la kan. walaupun aku nie seorang yang kuat menangis. tp bkn mengada2, just hati cepat sensitif jek.. cewah!
kalau korang nk tau aku penah bagi idea sorok basikal budak lelaki sekelas aku. bukan sebab budak tu nakal n penah sakitkan aku pun. tp aku sengaja jek. suka-suka je la kan. so aku n sape g ntah 2 n 3 orang pegi la sorok basikal tue kat belakang surau. so bila dia da nak nangis ktowng pura2 la nak tolong carikan. pastu konon2 terjumpe la. sian dia.. if dia terbaca entry nie pon x twu la dia ingat ke tak lg kes nie. hehe

tapi ada gak la budak2 lelaki 3 orang yang nakal. so mmg sakit hati gler ngan diorang nie. nak dijadikan cerita, kat sekolah ada buat kem kecemerlangan UPSR. kem tue 3 hari 2 malam. satu malam tue kitowng dak2 perempuan g la toilet. pastu ade la salah seorang dak nakal nie main-main lampu toilet perempuan. siap gelak2 lagi. geram tol la ngan budak nie. disebabkan aku second last, aku temanla kwn aku sorang nie. time kami berdua kuar dari toilet tu, aku tgk da xde orang. tp lampu toilet lelaki still on. aku pon ngan selamba tutup je la kan. tetibe dengar orang menjerit " Maakkkkk!!!" hikhik. sakit perut kitowng ketawa. tgk2 upenye bdk tue. hah tue la kacau orang lagi.

time petang pas sekolah dalam pukul 2 cam tue, ada kelas fardhu ain. belajar mengaji dan ada kelas agama. yang paling aku sakit hati, semua orang berebut2 nak datang awal. nak taw kenapa? sebabnya nak berebut tulis nama giliran mengaji. disebabkan aku nie duk jauh ckit dari sekolah n then kena tunggu lak ayah aku hantar. aku memang terpaksa tunggu motor gak sebab aku malas nak jalan kaki. aku mana la ada basikal. ye la aku x pandai bawak basikal pon sampai sekarang..hehe jgn gelak taw.

ok sambung balik, so aku nie terpaksa je la terima nama kat area2 bawah nie. tp yg aku heran if mengaji dulu pon, bkn leh balik awal gak.. cbok nak main-main je hehe.
tp penah la gak aku datang awal dari biasa. so dengan hati berbunga-bunga riang. aku pon terus menuju ke kelas. sampai-sampai jek,aku tgk kelas berkunci lagi. adess

aku g la kat kantin, ade la beberapa orang yg ade. diowng ckp, ustaz x dtg lagi. so kena la tggu. budak2 lelaki yang da sampai nie ade la 4 orang, tetibe menghilangkan diri. aku n kwn aku pun g r tgk, aktiviti diowng kat belakang kelas. upenye duk memanjat tingkap. tingkap tue separuh bahagian atas je tinggal. nak x nak ktowng nak panjat gak la. x kisah la pakai baju kurung pun. tp yg aku bengangnya, leh plak atas tingkap tue diowng letak kapur tulis banyak2. kuang asam.. abes baju. excited punye pasal aku panjat jek.

yay! akhirnya berjaya gak letak nama rating top 5. haha =D


hah! macam tue la ceritanya, bila-bila nanti aku cerita lagi yep!! =)











4 comments:

bulat said...

tahniah..share ckt rhsia kjayaan..hehe

gooseberries said...

thanx.. heehe xde rahsia pape pon..main teka jek.. =)

Sakira said...

Haha ! Kelakar larh akak ni.
Boleh pula panjat² sebab excited.

gooseberries said...

sakira: hahah =D sbb semangat nak mengaji awal.