Wednesday, March 3, 2010

K.U.T.U.B.A.B.I

korang kenal tak kutu babi?
penah tak kena gigit ngan kutu babi?

gambar hiasan (tp lebih kurang cam ni la rupenye)

hah! aku kenal la sangat dengan spesis nie, dan aku pernah beberapa kali kena gigit dengan kutu nie.


kutu babi nie datangnya dari babi . sebab tue la nama tue lekat kat belakang perkataan kutu. hehe itu petikan kata2 mak aku.hehe
hah! dulu aku suka sangat main ngan kucing. tanpa aku sedar kucing nie ialah pembawa kutu-kutu babi nie masuk ke dalam rumah.

kawasan umah aku ni dikelilingi hutan. Bukan hutan tebal, tetapi banyak pokok2 n depan umah aku lak kebun-kebun getah orang. so mmg kawasan nie nampak macam tempat pembiakan babi.hahah =D
jangan salah sangka lak.. aku x membela spesis nie!! tidak sama sekali.
tp walaupon banyak n selalu merosakkan tanaman mak aku, aku jarang jupe la.myb diowng nie pemalu kot, kuar malam2 jek. penah sekali ternampak pon tyme anak babi hutan nie kena kejar ngan anjing pemburu babi. siap lari terkedek2 kat bawah pokok ciku.da la time hari raya korban.tak pasal2 jadi korban pemburu2 nie. adess mcm2 la.

kucing2 aku nie lak suke tido n berjalan2 cari makanan kat dalam2 semak. so dari situ lah kutu nie mayb terjatuh kat kawasan semak tue n terus naik dan meloncat kat kucing aku neh.

first time kena gigit kutu babi nie kat ketiak, adess mmg sakit owh. tension gler. tue mmg tempat popular dia r nak hinggap. pastu mak suh letak kapur sireh kat tempat tue, tunggu beberapa minit dye da boleh tercabut. tp bekas gigitan kutu nie memang tinggal kesan. lagi2 terpaksa menahan gatal yg teramat sgt.

pastu ada la beberapa kali lagi r kena. tp kira ok la gak kalau kena kat kawasan luaran yang senang untuk cabut kutu tu.

Ini ialah kes paling teruk aku kena gigit ngan kutu nie. masa tue lagi 2 or 3 hari nak sambut hari raya korban gak.tp tahun yg berbeza la. aku tetiba rasa gatal2 kat dalam telinga. mula2 gatal2 biasa, aku suh kakak aku tgkkan telinga aku nie. n then dia kata xde pape pon. aku cuak la gak.
lagi2 aku tgk kat cermin, telinga aku da merah sgt.

keesokan harinya, aku masih lagi sakit. x tahan oo, aku try korek2 telinga ngan kapas kuar bende2 warna hitam. aduh! pe lak nie. sekali lagi kakak aku tolong tgk kan. cek2 mmg ade kutu babi kat dalam telinga aku.. arghh!! tensionnya.

ptg tue gak g klinik. naseb bek klinik bukak. time doktor nak cabut tue, tuhan je tau betapa sakitnya la..adess. airmata aku da mengalir2 da nie. tahan je la. x lama pastu da tercabut tp doktor cakap gigi kutu tue still ada kat dalam. sbb die da melekat sgt da.
akhirnya selamat la jugak telinga aku dari menderita penangan cik kutu babi nie.

masa nk amek ubat, pembantu2 doktor siap gelak2 lagi. malu lak asenye.
alahai nak wat cam ne terima je la. janji telinga aku da sihat sekarang. =)

papehal pon benda2 cam nie susah nak dielakkan. walaupon aku terpaksa mandikan kucing2 aku, kucing aku tetap pegi gak dlm semak2 tue. xkan nak kurung lak kan.
just satu cara yang aku kena pastikan ialah kerusi kat ruang tamu,tempat tidur, atas tilam jgn bagi kucing duduk or tdow kat ctu. sediakan tempat yg berlainan utk mereka.

Sampai sekarang aku fobia ngan kutu babi. kecik tp berbahaya!!





19 comments:

bulat said...

takut gler ngn binatang nie..kocik tp myusahkan jer..hehe

gooseberries said...

bulat: hah taw xpe :(

afzainizam said...

Salam Ziarah dari kami :
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Alangkah susah mendapat kawan..... bukan kenalan di zaman ini..... berpunca dari hati yang rosak.... kerana dunia memautnya....
Alangkah susah mencari kawan.... kebaikan kita disoroknya.... bahkan didengkinya pula.... kejahatan dicanang merata..
Salah yang sikit dibesarkan .yang besar apatah lagi...alangkah sepi dunia ini...walaupun hidup di tengah ramai....
Oleh itu kawan.... kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis nak jumpa seorang pun belum tentu lagi. Hakikatnya begitulah manusia. Berbahagialah buat mereka yang telah bertemu kawan sejatinya, persahabatan yang ibarat andai hidup menjadi pemisah, biarlah mati menjadi penyambungnya. Persahabatan dunia akhirat. Persahabatan di mana dia mencintai sahabatnya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri, di mana dia inginkan kebaikan buat dirinya juga menjadi milik sahabatnya itu. Sahabat.. sukar dicari..

kehadapan sahabat blog kami:
thanks kerana ziarah kami....

eeeeeehhhh kutu babi rupanya.... penghisap darah.... besorrr nya

Sakira said...

Akak sepatutnye fobia ngan kucing ni.
Ni dah dua kes besor dah ni !
Ishk3.

gooseberries said...

sakira: hehe.. kes nie b4 kes mata tue, ahakz

chugie said...

eieee.. batal air semayang saya! ehehehe..

gooseberries said...

chugie: hehe geli oorhh =)

Anak Perak said...

kena samak x bila kena. :p

gooseberries said...

anak perak : hehe x payah ler. =P

NURUL said...

deqna penah kena gigit kat telinga dia..ingatkan hape..ropenye kutu babi ni haa...kesian dia mase nak tanggalkan tu...

~fakta dan auta c setan~ said...

oloh oloh oloh siannye die kene gigit kutu ba alip ba ya...

P A U L I N E said...

fuh!! bahaya tu.. saya pernah tengok kutu babi.. tak tahu la dah mati ke belum.. uncle sy trus bakar.. dia kata kutu jenis ini 'tahan lama'.. kena bakar trus..

gooseberries said...

nurul: tue r sal mmg kesan die akan kekal lama. huh!

fakta: huhu, mmg sakit oorhh

pauline: mmg netul ekk kena bakar. huh mmg kuat tol binatang neh!

ahchOng's said...

kat mana ada jual kutu babi ni??
aku nk bela la..sbb
ianya..
comel~

gooseberries said...

ahchong: x yah beli2.amek free jek. awk amek je kat umah sya. berlambak2 duk kat kucing sya.. hee

Anonymous said...

aku pun kene gigit jugak, tapi kene kat aku punyer tut..., giler ar, aku tarik sampai tercabut kulit aku, memang babi tul..

gooseberries said...

hahah..lagi teruk. sakit gler orhhh heheh
:))

zafferey said...

citer blogger ni buat aku teringat anak murid akukat changkat ibul taiping...kutu babi dah beranak pinak kat telinganya. Ngeri aku tgk... masa tu dia mengadu sakit... PK Hem aku p tgk dengan aku sekali.. belek2 telinga tu dia.. suku sakak kutu babi dok berumah tangga..dalam telinga. PK aku cuba buang dengan pengepit uban.. tapi tak leh lekat kuat sangat .. aku lak negri tak berani.. pastu Pk aku bawa p klinik.. terus bawa dia pulang ke rumah... takutt nye..

gooseberries said...

hoho..dasat gler r cte nie.. siap berumah tangga da kat dalam telinga..huhu bahaya tol r.. ley lak dia tahan ekk.. sakit woo