Monday, March 29, 2010

pada hari itu...

hye semua.. da lama aku x update pape entry pon. aku x la busy pon. bkn xde idea gak. tp aku balik kampung hari rabu lepas n then ari sabtu aku kena selsema lak. so mmg rasa nak berehat jek. ari nie pon aku x baik gak lagi. tp aku still g keje. len la aku x leh nak berjalan langsung..hee

aku sebenarnya nak berkongsi cerita sedikit. siapa penah baca my entry
semalam yang membosankan
mesti nak tahu why aku still kena g hospital kan..kan!
kalo x nak taw pon xpe..uhuks..

seingat aku la, aku kena penyakit nie bln 3 kot..hee tp yg pasti tahun 2008.
aku start kena secara tiba2 taw. mula2 tue aku tiba2 pandangan aku macam kabur2.
maksudnya, bila kita pandang sesuatu tue, mcm ada benda putih yang halang penglihatan aku sebelah kiri.
huhu, mula2 aku ingat sbb baru bangun tido kot..tp bila masuk hari kedua pon still macam tu gak.. nak g klaz blaja pon mmg x selesa langsung. pening yang teramat la sgt.
kat white board tuh mmg la x nmpak langsung. so aku pon g la HKL ditemani waniey. lama la gak menunggu. last2 dpt jupe doktor, doktor tue just tgk2 camtu jek. disebabkan mata aku merah2 dia sahkan aku kena sakit mata. so aku "percaya" la kan. esoknya still mcm tue gak. g pon if kena sakit mata, mestila mata akan berair n tahi mata akan penuh kat mata aku nie bila bangun tdo..kan!
masalahnya sekarang nie, xde pon gejala2 tue semua. n then aku balik ampang.

keesokkan harinya, aku ditemani angah n abg ipar g la klinik. n doktor tue ckp, anak mata macam de problem..adess aku da gelabah nie.

pastu gak la, ktorang terus g HUKM, cek aku nye mata.huh, mmg lama la duk kat sana. dari g cek darah sampailah g Xray. n then patah balik kat doktor td n siap ada doktor pakar plak..dalam bilik tuh.
so akhirnya aku taw gak sebab apa.. so selepas beberapa jam, mata aku sebenarnya terkena jangkitan parasit daripada kucing ataupon boleh gak dikatakan sebagai
Toxoplasmosis. memang tahap yang agak berbahaya jgkla. sebab parasit tue da makan sedikit demi sedikit. ptg tue gak aku masuk wad. huu

selama 4 hari gak la aku dalam wad, wad surgeri lak tuh!. aku kena makan banyak sangat ubat. itu baru ubat makan da berjenis2 n bercolor2. ubat titis dalam mata pon banyak gak. adess. nak baik punya pasal terpaksa la weii..

so setiap pagi aku kena baca nombor nie..

lebih kurang la macam nie..tp aku nye nombor.hee

kalau korang nak taw, masa pas kena jangkitan tue mata sebelah kiri aku x nampak langsung benda2 tue semua..huhu hari2 aku ase seram jek. macam ne la nak idup guna sebelah mata jek.

akhirnya, selepas 4 ari, aku dibenarkan keluar wad. tetapi tiap2 minggu lak kena g cek. ada la gak 2 n 3 minggu. setiap kali g tue. mmg wajib bawak balik ubat. tp pas pada tue, x silap sebulan pastue, doktor da mula kurangkan ubat ckit demi ckit. g jupe doktor pon da 6 bln sekali. baru aku perasan mata aku da bley nmpak. kabus2 putih tue da ilang. doktor kata, penglihatan aku x sama mcm dulu lagi. perasit pon da xde n then just tinggal parut kat dlm mata aku nie. alhamdulillah, aku da boleh tgk macam dulu, walaupon mata sebelah kiri aku nie x leh nampak jelas macam dulu lagi.

so sampai la sekarang, aku still kena g cek. pas nie bln 7 lak..

pas peristiwa tue, aku fobia jap ngan kucing, lama2 da ok da..hee =)

  • jaga mata anda dengan sebaiknya.
  • if nak memelihara kucing, pastikan dijaga dengan baik dan sempurna dari segi tempat tinggal, makanan dan juga tempat pembuangan najis.
  • pastikan selepas bermain dengan kucing anda perlulah membasuh tangan dengan bersih
ok la itu saja wat masa nie.. =)










2 comments:

Alynn Notnot said...

woah creepy, tapi nasib baik boleh guna lagi mata tu kan :)

gooseberries said...

Alynn: hurmm tue r. alhadulillah still leh guna lagi. =)