Thursday, April 29, 2010

kembali ke pangkuan rapid kl...

salam n hai bloggers..

tepat kul 2.45 ptg, aku kat opis cam biasa tp da xde kerja nak wat. pas layan fb, aku duk la menaip kat blog aku nie. walaupon xde cerita best, aku tetap la nak menyumbangkan entry ari ini..

asal ek nak cerita pasal rapid kl lak nie!!!.



sebabnya sejak tambang bas naik n bas rapid kl da xde sistem tiket pergi balik, aku memang x naik. sebab utama nya pasal tambang lah. aku just nak pegi ampang point pon 1.90. da la kalau bg rm2, jgn harap dpt pulang baki seposen. " eleh seposen pon nk berkira!!". bukan berkira pe pon, cuba korang pk. kalau seposen tue korang kumpul da boleh naik bas berkali2 lagi....huhu. bas metro pon rm1.50 jek. papehal dpt gak baki..hehe. so aku nie yang x berapa ber duit ni terpaksa la berjimat cermat untuk masa depan. tp just untuk pergi je la. bila time nak balik kdg2 je aku dpt naik bas rapid. sebabnya, selalu gak aku tunggu x penah nyer ada.

so ari isnin lepas masa nak balik keje, ntah kenapa aku teringin nak naik bas rapid, so dengan rasa bangga aku pon naik n bg pakcik bas tue Rm2. Pakcik bas tue terus la berterus terang ngan aku, skang singgit je dari sini. kalau klcc RM2... kotaraya rm2.50. aku pon just jawab "orhhh...".

hah! dengan rasa happy, starting ari selasa aku g keja naik rapid kl. klo time balik ikot nasib je la, klo ada muncul depan mata aku nie, aku naik ler, klau x, naik je la mana2.. hehe

nak kata aku dapat jimat sangat tue xde la, tp kdg2 dpt la gak jimat RM1 or 50 sen. salah satu sbb g kenapa aku naik bas rapid time g keje.. sebabnya ofcoz la dpt tempat duduk klo g awal ckit.. hheeh.

papehal pon buatla pilihan yang bijak, x kisah la korang naik apa pon janji selamat. =))

Tuesday, April 27, 2010

Tangkap ikan!! =D

hai....
sabtu lepas aku balik kampung, bcoz ayah aku nak besarkan kolam kat belakang rumah.
Macam biasa masa aku kecik2 dahulu, kena tangkap la ikan2 yang sedia ada kat dalam kolam. tp kali nie, aku x berkesempatan nak turun n tangkap sendiri ikan2 nie...adess
bcoz air lambat kering. takut gak la sbb lumpur dalam kolam nie agak dalam.
tp mmg sedey ckit la, sbb aku terlupa nk snap2 pic tyme org tengah tangkap ikan. tyme tue memang banyak sangat ikan. ikan yg ada dlm pic nie just untuk umah kitorang jer. =(

tp walau cm ne pon aku tetap la nk berkongsi gambar2 ikan nie siap gambar kolam lagi. ikan2 kat kolam aku nie terdiri drpd ikan talapia, lampam n likur( ejaan x sure).
hah tue je la, gmbar ikan patin x sempat nk amik. ikan patin byk kat kolam sebelah..hee

menuju ke kolam


mesin untuk sedut air keluar.


nie kolam yg tinggal suku lagi nak kering..


antara ikan2 yg sempat di rakam


hah, nie ikan besar sbb banyak telur


baru nak belah ikan


da siap dibelah


telur ikan td


semua ikan yg telah dicuci.


ikan-ikan semua ini kitorang simpan n untuk bawak balik kl. time makan tengahari tue kitorang sempat gak la masak ikan yang baru pas tangkap. kitaorang masak ikan talapia bakar cicah air asam belimbing. ada gak masak gulai asam belimbing ala2 gulai tepoyak tp just tukar belimbing buluh jek.. memang best. n then goreng kangkung..hee

tp yang x best nyer bcoz aku x ingat nak amik gambar byk2. excited terlebey la nie.hahah
k la just nak berkongsi pengalaman aku nie jek.. =)

Thursday, April 22, 2010

Bapa pukul anak sbb anak nak pakai tudung!!

Tragedi menyayat hati.........

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat
sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah
langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi
kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku!
Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi
sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak
pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI
TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama,
hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja!
Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki!
Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena
tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk
!


hahaha =D TEKUN BACA HEH , RELAX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA

X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....

JUST FOR FUN!!!!

p/s: thank to angah sher email nie =D





Wednesday, April 21, 2010

salah cakap..

gud mornink...

Hari ini dtg opis pg2, bukak komputer, tggu loading n then trus klik mozilla. masuk fb n sambil bukak email. pastu cek2 fb, tgk2 ada la plak cik waniey nie invite aku persatuan salah cakap..haha.
so mula2 aku ingat dia yg wat fan nie, bcoz tyme study lu selalu gak main kutuk2 org yang tersalah ckp.. n then bukak2, upenye org lain yg create n ramai bebenornyer la join n ramai gak la tersalah cakap.hehe



Aku still ingat lagi perkataan2 yg aku n kwn2 kat usd lu salah cakap..hee
antaranya ialah:

  • ujan pekat (ujan lebat)
  • abg beradik ( adik beradik) shak adakah kamu ingat..heeh
  • blaju ( baju) kena kutuk abes tyme aku kena nie..
  • ma id ( maid) mmg kelakar tyme nie
  • CPU ( CPR)
so nie je la yg antara yg aku ingat bcoz da lama berpisah ngan diorang n x main bnda2 cm nie lagi. kiranya yg ingat nie mmg selalu diulang2. sbb tu mmg melekat ckit r dlm kepala aku.

tp time tu, mmg sentiasa kena berhati2 r. bcoz bila salah ckp n tersasul ckit jek kompem kena gler2 r, kiranya minggu tue asik ulang2 benda2 yg sama je r. hehe. so bila dah kutuk2 org lain salah ckp automatik sendiri pon akan tersasul gak. so sama2 la terkena. tu la akibatnya asik nak kenakan org lain jek..hehe

so jangan selalu mengenakan orang lain, sentiasa berbuat baik mesti orang akan suka!! =))

p/s: bila jupe kwn2 lama mmg selalu sebut balik perkataan yg tersasul tue..hee. bkn apa just for fun..happy2 selalu. =))

klo de yg sanggup berkongsi ayat atau perkataan yg tersasul n salah ckp silalah konsi dcini.. ley la kita gelak sama2..hee


Tuesday, April 20, 2010

main masak-masak

hye, i'm try to put my self in other side. why! why! argghhhh!!
tensen la wei, duk opis sorang2 nie. ye la nk wat cam ne. aku just staff biasa aje. terpaksala duk menjaga my lovely opis nie..hehe

when duk sorang2 nie still teringat kawan2 kat raub, Kptm KL n then MMC. tp yg kat mmc memang paling lama larh. selama 2 taun setengah study, mkn, lepak semua sama2. from hostel to umah sewa (usd nama glamour2..hee)

n then bila da kenal lama, baru la tahu perangai masing2. tp yg aku ingat just time happy2 je r. bcoz itulah memory yg paling best dlm hidup aku. tp just aku nak kongsi kat cnie yelah pengalaman memasak bermacam2 resepi. ceh!! macam banyak jer..hee

selain kuih buah melaka yg tersalah resipi, klik sini, banyak lagi la yg kitorang wat. first sekali yg kitorang masak, nasi lemak. my roomate aini masak nasi n aku masak sambal. kitorang siap tanya resepi kat umah masing2 lagi. campuran parit buntaq n kuala lipis..hehe. n then ofcoz la berjaya dgn jayanya.. mmg best, nasi pon cedap lagi2 sambal yg enak. haha pujian untuk diri sendiri lagi.. walaupon sambal tue pedas tp housemate semua mkn dengan khusyuk la.. sedaplah tue..hehe



berhari-hari + berminggu2 selepas itu, kali ini chef lain plak, import from kelantan. Ieka, yg skang nie study nurse..huhu cedey2 sewaktu berpisah dulu.. oklah lupakan soal itu, ieka de masak nasi ayam, soto, bergedil huhu memang best r ieka nie. coz dia mmg pandai masak. aku kiranya assistance chef je r. kiranya aku nie bab2 bersihkan ayam, potong memotong nie boleh la..hee.

so memang sayu je when imbau balik. heh papehal pon. when dah duk sama2 nie barulah tau bakat masing2 yg terpendam. hehe

so stop dulu smpai cnie tata =)

Monday, April 19, 2010

When in rome..so funny!!


salam n hai semua..

seperti biasa pagi2 isnin duk opis. dengan xde keje yang bertimbun2. hee duk goyang kaki layan fb n then sempat g nak menambah2 entry kat blog aku nie..hehe

hari sabtu lepas bersamaan 17 April, sempat la gak hangout bersama kwn2 yg mmg best. hee walaupon x semua yg ada. tp xpe la. lain kali leh jumpa lagi. bcoz semua pic xde g kat my hand so semua2 nie akan di publishkan di entry akan dtg.

ok, malam tue gak, pas aku balik umah. Aku, angah n her husband sempat gak la kuar g tgk movie when in rome kat Galaxie ampang. memang best sgt. kelakar dari mula sampai abis. so sape2 la yg nak release tension, aku suggest la cite nie.



When in rome nie mengisahkan Beth (Kristen Bell) adalah seorang wanita yang berkarier. dia selalu menghabiskan masa dengan kerjayanya sahaja. sehinggalah dia menghadiri majlis perkahwinan adiknya dan bertemu Nick (Josh Duhamel).Cerita ini semakin menarik bila Beth salah sangka Nick mempunyai hubungan dengan orang lain. dan disebabkan itu, Beth mabuk dan pergi ke Fountain of Love dan Beth telah mengambil coin yg dibaling oleh orang lain di dlm kolam tersebut.
macam2 perkara yg berlaku selepas peristiwa tersebut, di mana 4 orang lelaki yg tidak dikenalinya dan Nick telah jatuh cinta dgnnya. So lastly mestila dia akan pilih Nick kan. tp pelbagai caralah Beth nak larikan diri from 4 org nie, n dia nak hapuskan sumpahan syiling yg dia amik nie. tp yg menjadikan cerita nie bertambah best, when Beth terfikir bila dia pulangkan syiling kat Nick semula, Nick still akan falling in love dgn dia or tak..

so movie nie mmg best, kelakar sgt. so ini pendapat saya.. pendapat kamu semua cm ne??? =)



Thursday, April 15, 2010

bila tgk clash of the titan

hello my friend.. hurmm akhirnya dapat la jugak menjenguk gooseberries nie. biasa la aku kan bz2 ckit.. hee

tp bz2 pun still dapat gak berpeluang menonton wayang bersama my besfren fatiha pada hari sabtu lepas kat times. kitorang sebenarnya nak tgk cite How to train your dragon. tp di saat akhir beli tiket, of coz la x sempat. if ada pon bawah sekali r nmpaknyer. so second choice kitorang ialah Clash of the titan.
btw, sebenarnya aku x twu pon cite nie cm ne. tp penah la tgk trailer kat tv. so agak2 je la cter lawan2.



Clash of the titan nie menceritakan tentang perang antara dewa Yunani kuno dan merupakan penyempurnaan dari film Clash Of The Titans sebelumnya yang diproduksi tahun 1981.
peperangan ini juga diantara para dewa sendiri dan akan mengakibatkan kehancuran pada dunia. Hero cite nie Perseus , dewa yang dibesarkan sebagai seorang manusia merasa putus asa dan berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dari Hades iaitu dewa neraka. so pastu bermacam2 rintangan dan cabaran yang terpaksa perseus nie lalui. termasuklah berlawan dengan kala jengking gergasi. medusa(
spesis ular n when pndang mata dia, akan menjadi batu) dan akhirnya berlawan dengan kraken ( spesis anaconda tp besar giler) dan membunuhnya menggunakan kepala medusa.

wif my opinion, aku rasa cite nie best la gak bab lawan2 adventure. tp jalan cerita still biasa sahaja. ye la biasa la kan hero mesti menang punya. so aku bg la 8/10 untuk Clash of the titan.

so sementara menunggu time nak tgk wayang kami berdua berjalan shoping2, n beli big apple. n sempat gak snap2 pic together2..hee




mintak diri dulu, jaga diri baik2 when u all melawat gooseberries yep =)

Tuesday, April 6, 2010

ikan cumil..

hye bloggers..
telah lama gooseberries x update..huhu
da bersawang2 da ase nie..hee
so td aku cari2
guna hikmat En google terjumpe la ikan-ikan yang cumil nie..



ikan buntal


comeynye..tp asal de kaki


dancing fish..lalala..


comel ke nie..boleh la..


alololo..hehe

p/s: rajin2 kan la diri anda untuk mengomen entry aku yg x seberapa nie.. =)

Thursday, April 1, 2010

tilam!! tilam! tilam lama tukar baru!!!

hello!!

tidur ialah salah satu perkara yang perlu dilakukan setiap orang.
ini disebabkan waktu tidur adalah waktu yang membolehkan kita merehatkan diri.
so kita perlu tidur dengan secukupnya..

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari.
info

so aku nie dikategorikan kes2 yang terlebih tidur.
tp sejak2 ade blog niie, kurang tido pon ada gak..hee

katil & tilam + bantal = tidur dengan nyenyak

so aku nak tidur lu. pilihla mana2 katil korang suka =)















hah! da pilih dah.. papehal jgn lupe bgtau mana2 katil yang korang berkenan.. =)

chow lu yep.. nak tdo..zzzzz