Thursday, May 27, 2010

cadar impianku..

selamat pagi...

semalam aku ada terjumpa satu blog nie. blog ini menjual cadar comforter. blog yang aku maksudkan nie ialah cadarimpianku. anda juga boleh lihat dan klik di sini.

sebenarnya, tokey kedai cadar comforter nie ada buat offer. semuanya murah-murah n amat cantik. ada cadar single, queen set n king set. tp serius aku  cakap memang cantik. bukan nak kipas2 tokey tp memang cantik. banyak gal la yang aku berkenan. so aku tolong la promote kedai tokei cadar nie.hee.




tokey kedai ini ada wat free gift for blogger. so sape2 nak join  ni akan dapat FREE GIFT CADAR COMFORTER bernilai RM 75 dengan setiap 5 customer dr blog anda, kalau ada 10 customer..so RM 75 X 2 = RM 150, leh tukar dengan comforter lain yang sama nilai..free gift  tokey ini akan siap pos ke umah taw.

ini syarat2 nya..

Syarat-syaratnya...
1. Buat entry pasal blog tokey..mcm introduce la sikit...letak link.
2. Visitor dari blog anda akan dapat komisen 20% bila bgtau tokey link blog mana diorg dpt sumber ni..
3. so, 5 customer dr blog anda, anda akan dpt 1 free gift bernilai RM 75.
4. bgtau tokey lepas korang dh buat entry tu..leh tokey rekod utk list blogger yg join..
5. Status free gift akan tokey bagitau selepas habis offer ni..lau nk tau ms tgh offer leh tanya tokey..k?
6. Link blog anda akan tokey war-warkan dalam facebook tokey, fanpage & blog ni lepas habis offer ni..

Offer ni dari hari ni, 25hb Mei 2010 sehingga 8hb Jun 2010....
sesuai untuk bagi gift  dan yang paling penting amat murah sekali .. =))
Selamat mencuba..



Wednesday, May 26, 2010

palajar belasah guru..

salam...

sejak akhir-akhir ini bermacam- macam kejadian yang berlaku. pelbagai kes melibatkan remaja. kes-kes juvana seperti gangsterism, kes buang anak dan bermacam-macam lagi. seingat aku la, dari time aku sekolah sampai la sekarang kes-kes seperti ini masih lagi wujud. dan ia semakin menjadi-jadi dan teruk. sampaikan sesetengah pihak cuba untuk membantu dan pelbagai cara serta aktiviti telah pon di buat. tetapi masih tetap sama.siapakah yg bersalah??persoalan ini masih lagi menjadi isu utama kepada semua individu

 
pagi tadi dengan mood yang okey, tetiba aku terbaca berita utama metro.kes tumbuk muka cikgu. alahai pe la nak jadi nie.

****KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.
Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.

Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.

Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.

“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.
****

huhu..baru umur 13 tahun dah pandai nak belasah cikgu. kalau adik aku da lama aku tampar. tp skang nie pon nak kasar-kasar semua x boleh sangat. x pasal-pasal jadi kes dera lak..hee
kalau cikgu pon budak ini sanggup belasah sebab tak puas hati, lagi la adik beradik dia ye tak. maybe mak ayah dia pon sanggup dia nak pukul kalau tak puas hati. haish takut la budak-budak sekarang nie. aku lu zaman sekolah x penah pon nak ada niat nak belasah cikgu. senakal n sejahat2 kawan-kawan sekolah dulu, x penah lagi la diorang nak pukul cikgu. pancit tayar kereta pon x sanggup lagi diorang nak wat.

setakat tak bawak buku teks n kena denda berdiri kat luar pon nak kecoh. aku lu kena berdiri + jalan itik+ ketuk ketampi lak tu, x penah terniat nak pukul ustazah tu. siap aku ingat sampai sekarang lagi, sebab denda2 cam tu la aku kredit bahasa arab tinggi..hee thank ustazah umi.. =)

so pada pendapat aku, setiap individu perlu mengambil peranan dalam kes2 sebegini. maybe budak tue terlalu agresif dan cepat marah. itu yg menyebabkan dia memberontak. cikgu tersebut tak bersalah sebab dia menjalankan tugasnya. lagi pon dia x berkasar dengan pelajarnya. ibu bapa pula jangn menyalah pihak2 yang lain. if boleh cuba pantau kegiatan anak2 supaya tidak terus tengelam dengan arus yang salah. maybe budak itu perlukan lebih perhatian. kepada setiap guru pula jalankan la tugas anda sebaik2 nya. tempuhi setiap cabaran yang semakin mencabar sekarang ini.

p/s: tag yg baru dpt last week, ada masa nnti baru ley wat.hee =)


Friday, May 21, 2010

Nice blogger Award!!


salam jumaat semua...

wee~~ sungguh ber "happy" ari ini. ramai blogger yg tag gooseberries dlm minggu2 ini. ceh bajet glamour r tue..hee. g pon bukan selalu nak bermegah2 nie.sekali sekala x salah bukan.   =)


seterusnya gooseberry nak ucapkan ribuan terima kasih kepada MisxXYZ dan Cik Puan IenaFazlyna sebab sudi bagi award nie.. 

wah dapat award nice blogger.Nice ke gooseberry nie.hehe, nice la kan. sebab tue dapat award nie..

1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
~~~~aku nak tido, nak duit gaji aku..huuuu

2. Nama samaran kamu ?
~~~~gooseberries~~~~~~~

 3. Berikan tiga orang yang kamu sayang
~~~mak, ayah n family larh + kawan2 yang ingat kat gooseberries nie.. =))

4. Panggilan untuk si dia
~~~oppsss NONE~~~

5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
~~~2 juta yang aku berangan2 semalam..we~~~

6. Blog mana korang suka follow?
~~~semua blog yg gooseberries follow tue la yg disukai.. 

7. Bagi award ni kat 15 blogger lain dengan penuh penghormatan:
~~~ hah nak bg sape lak nie.. ( nie pon dipilih secara random)
  1. natasya
  2. cyberboy
  3. azizul luqman
  4. Amy Syaquena 
  5. abgFeroz
  6. Anis hamzah
  7. Jemari seni
  8. azfarul
  9. ervinarazali
  10. cero
  11. blue
  12. enyheartdiamond
  13. si tedi
  14. rashid
ok la, stop dulu. ingatla k, setiap org yang berbuat baik kepada sesiapa pon, pasti akan dibalas baik juga. =)





Thursday, May 20, 2010

Tag dari kak cabai


Tag dari kak cabai..

sebenarnya tag nie pon from minggu2 lepas lagi. tp nak wat cam ne x de masa nak wat.
so inilah saat dan masa yang sesuai..

so papehal kena ikut syarat2 nya..

1) Go to your photo files, select the 8th photo folder.
    done (^_^)


2) Select the 8th photo in the folder.
    done (^_^) 


3) Post the photo with the story behind it.

  the story behind this pic - gambar terakhir kami pas tamat study kat mmc. betol2 touching sebenarnya . tp x cukup semua geng usd r..time nie ktiorang keluar tgk cite avatar. walaupon ini saja yg ada tp x kisah la jnji mmg enjoy ari tu. pic nie bulan 12 ari tue, tp still rasa macam semalam je jupe diorang. best sgt2. n really2 miss sgt kat korang =))

4) Then challange 8 blogging friend to do the same.
  1. Nur AtiEtin 
  2. adreynieelisya
  3. amira farhana
  4. aisyah ibrahim
  5. zaidah
  6. salmia
  7. hana
  8. Ibu Mifzal Arsyad

k r nie je yg yg telah dipilih secara rawak..hee =))


harap semua enjoy la yep.. =)))

dua juta??? $$$$$$

salam n gud morning sume kwn2..hee

bestnye kan tetiba pagi2 je dapat 2 juta..haishh dpt puluh ribu pon da rasa banyak. kat mata nie da nampak dah lambang RM or $$$$$$$$$$$..heee



hah best kan dapat duit banyak macam nie..hee
k r tanpa membuang masa..

1. cam biasa la ckp sapa yg baik ati hantar tag ni
terima kasih yang tak terhingga..hee to ADia bcoz bagi duit 2 juta nie.. ;p walaupon berangan jek pegang duit byk..hee

2.tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng
(nak tag kat 2 juta kawan pon tak pe)



3.dah tag kena la jenjalan war war kan kat kwn korang kan yg korng nak bg 2 juta kat dorng

done (^_^)

4.Apa agaknya angan-angan korng tu? korng berangan nak buat per ngan duit ni 
yang penting shopping..haha oppss. yg penting simpan untuk masa depan keluarga, anak2. bayar utang ptptn n mara sekaligus. beli rumah, kereta. bawak semua family g haji, umrah. n then wat bisnes. bisnes pe lagi syarikat bas la. kalo nak tau sbb pe klik sini.


5-Cuba korang cakap camner kita nak dapat duit banyak camni kat dunia reality ek
masuk quiz n rancangan reality, macam Who wants to be a Millionaire,rancangan Are You smarter than a 5th Grader.tp kalau korang hebat la..ley menang sampai juta2. hurmm kat malaysia cm adia ckp , jangan lupa lirik mesti dapat duit banyak gak..hee. xpon ley gak melabur saham. contohnya macam pnb amanah saham malaysia n banyak lagi yang mengikut saluran yang betul. jangan melabur kat skim cepat kaya pulak..hee. bila start dari sekarang, sekurang2 nya korang dapat gak ratus2 ribu.bila da tua nnti..hee tol tak..

selagi kita hidup dalam dunia ini, duit memang memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan kita. semuanya memerlukan duit. tp sentiasala kita beringat, duit bukan la penentu kebahagian. jangan jadikan duit sebagai cabang untuk kita berpecah belah. hidup bersederhana adalah yang paling baik supaya kita tidak leka dengan setiap kemewahan yang Allah swt berikan.. =))
 

 

Wednesday, May 19, 2010

Hampir dirogol ( Kisah Benar dari US)


Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)
credit to fatiha sharing this email.
 
Buat Renungan ....

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

 Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untukbercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
 
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
 
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengannikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongansebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlahdi mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr >r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.......


p/s: sori sebab gooseberry x dpt nak update selalu en3. disebabkan byk faktor2..hee 

tq gak kat adia & bella yg baru je tag gooseberry, nnti ada masa baru wat =)

hopefully my bro cpt2 sembuh, dia kena denggi minggu lepas.

to tasya my classmate kat mmc, selamat pengantin baru.. =)) 

Thursday, May 13, 2010

cara memastikan wajah anda bersih dan ceria =)

salam n hai all.

Entry hari ini, gooseberries nak kongsi sedikit tips rahsia wajah dan hati yang cantik. hurmm cam ne tu kan?
Rahsia-rahsia ini, gooseberry dapat dr email from my friend fatiha.

Sekiranya anda mahukan wajah anda selalu segar, berseri-seri dan cantik, 

  1. cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. 
  2. biarkan menitis dan jangan keringkan. (biar air tersebut kering sendiri)
  3. n then ambil sejadah, solat, berzikir dan berdoa.
  4. untuk menghilangkan strees, perbanyakkan solat. ( solat juga adalah salah satu cara untuk bersenam, kerana semasa solat kita telah mengerakkan seluruh tubuh. Dengan cara-cara ini secara tidak langsung akan mendekatkan diri kita dengan Allah swt.)
  5. untuk pelembab agar awet muda, gunakan lah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. (Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah
    sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku,maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).- Doa melihat cermin.)
  6. untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah swt, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
  7. bukan wajah sahaja perlu dijaga tetapi tubuh juga. Jika mahukan tubuh langsing, perlulah diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, bolehlah berpuasa mengikut cara Nabi Daud AS as selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
so macam mana okey tak?? apa tunggu lagi? marilah kita bersama2 mengamalkannya. bukan hanya untuk di dunia malah di akhirat juga. =)









Wednesday, May 12, 2010

contest senyuman paling menawan..

wah..last week sempat lak di tag oleh cik yayaa..hee tq2

tag untuk join contest senyuman paling menawan.. i like.. =)


 ok.. contest nie from Cik Chenta Zetty 


n then nie la gambar aku yang akan di masukkan ke dlm contest nie..hee
ok la nie kan.. drpd x senyum langsung..

kenapa aku suka senyum sebab bila aku senyum,
aku happy. bila aku happy orang lain pon tetap akan happy.
so kenalah senyum untuk ceria-ceria selalu. =)

pastu kena tag lak kan.. so noe random je la..


minimum 4 yep.. hee 




Friday, May 7, 2010

DONT MISS THIS. PLEASE READ TILL END

pada pagi jumaat yg indah ini, gooseberry nak sher satu story nie. ini ialah karangan budak darjah 4. nama dan sekolah tidak diketahui..

papehal enjoy la yep..baca smpai abes taw.. =))


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya  bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.  Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya  dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu  feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. 



Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"  dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke  Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di  dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat  lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah  terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. 

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih  ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya  dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


hehe..camne tue ekk.. btol2 kemalangan ngeri..haha =D 

p/s: tq for to angah 4 sharing this email. =)

Thursday, May 6, 2010

Akhirnya kau terbang gak...

salam & hye all..

semalam aku agak terkejut gak la..tetibe kwn aku nie tulis status kat fb cam nie...........

"assalammualaikum,kpd keluarga yg tersayang,saudara mara yg drindui,shbt handai,rakan taulan,teman seperjuangan dan yg mengenali diriku...ku pohon doa dan kemaafan dari kalian semua.ku pohon doa tulus dri kalian mengiringi perjalanan dan perjuangan ku dan rakan2 di bumi anbiya'.... "


ish asal la minah nie tulis cam nie
dia da de kat Mesir ke??
dia nak g mana??
or dia nak g Mesir??

macam pelik la pulak.. sebab dia x bgtau aku pon. bcoz aku pelik dia baru je abes exam.. so mmg cepat la dia g Mesir. beshnyerr.. walaupon ko g x lama mana. kejap pon ko lepas gak g Mesir..hee.tp agak sedih sbb x sempat nak jupe b4 nie. masing2 da duk jauh..balik kuala lipis pon mmg susah gak nak jumpe.

 ( pic kat fb..sori syidah aku amik tnpa kebenaran..hhehe)

kawan yang aku maksudkan nie nama dia rasyidah. hurmm kenal masa form 2 lagi. aku pon x berapa ingat cm ne aku ley terkawan ngan dia nie.hehe. 

tp aku still proud la ngan dia nie. ye la..dulu kitorang nie sekolah agama. subjek agama ofcoz la kena banyak menghafal macam hadis, tafsir, feqah.. semuanya dalam bahasa arab. tp aku ngan dia nie x berapa la sgt suka menghafal nie.tp dah lama2 sampai la form 4, kitaorang kena amik satu exam. exam sijil menengah agama (SMA). exam nie mmg agak mencabar gak la daya penghafalan kami. aku kira agak ok la dalam menghafal nie. tp syidah biasanya mmg susah ckit. tp time tu dia duk hostel, so sejak tue dia da mmg lebih terer r dari aku. aku lak tyme tue mmg de problem bab2 menghafal nie.(myb de wat salah ngan ustazah kot.. hehe.sya mintak maaf).Alhamdulillah pastu kitorang lulus agak baik juga. walaupon pangkat 2.

n then b4 this mmg kitorang ber2 termasukla kwn aku sorang g fatiha nie x nak la smbung aliran agama pas spm. macam2 alasan yg kitorang cakap. aliran agama just jd ustaz or ustazah. camtu la cetek nya pemikiran aku n kwn2 aku time tue.

pas spm, aku mmg blah dah awal2. x mo sambung aliran agama. tp seriously upenya pas spm dia nak sambung form 6 amik STAM ( sijil tinggi Agama malaysia) uishh mmg aku x sangka. sbb kat ctu lagi susah drpd SMA. tp xpe la mmg aku caya dia ley wat. tp alhamdulilah pastu dia terus sambung degree kat insaniah kedah. n then aku agak bangga dia sambung lak Mesir. 

jauh ko g syidah. tp aku mmg bangga gak la kat ko. susah2 kita menghafal dulu semuanya ada kebaikan untuk kita dalam dunia sekarang nie. walaupon aku x la jadi alim sgt. tp ilmu yg kita dapat dulu still membantu untuk sentiasa dekat dgn Nya. =)

last msg kat fb..

"sal ak mnta maaf byk2 kat ko,coz xstory pn nk pegi mesir.esk mlm kul 3pg ak 'terbang'.mlm ni kul 10 - dri kedah.doakan pemergian ak ek.halalkn mkn minum,senda gurau n apa shj yg t'jd n b'laku antra kt slame kt brkwn.............ak syg ko sal!"
walaupon aku mmg tau ko x baca entry aku nie, tp aku nak wish gak gud luck n take care.
p/s: x sangka ko pas gak ekk g over sea!! aku  jeles orhh..haha =))

.

 


Wednesday, May 5, 2010

pisang oh pisang

hai all..
korang suka makan pisang?? aku memang suka mkn pisang.pisang goreng ker.. pengat pisang ker.. papelah. janji sedap..hee.

seperti biasa pas mengeledah ke semua email2 aku terjupe la gambar2 pisang nie. klo tgk nie aku x sanggup sgt la nak makan..huhu.. so jom kita tgk sama2. 

Tuesday, May 4, 2010

Award from Dania... =)

hai all..
hari ini, pagi2 lagi dah time Award.. happy2.
Award nie yg kedua la gooseberry terima.. thank a lot.. 



Thanks to Dania ibrahim sebab bagi  award ni... thanx dear.. =))
 
macam biasa.. kenalah ada syarat2 nya..

  1. Thank and link the person that give you the award 
  2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover 
  3. Contact said blogs and let them know they've won this award 
  4.   State 7 things about yourself
so aku nak bg Award nie just nak tag secara rawak je lah.. ingat nak tag gak la semua..tp x sempat. so semua yg follow aku, Award ni untuk korang gak.. =)



7 thing about myself ( still sama ngan Award dlu..hee)

1- saya seorang yang cun..haha
2- suka baca novel
3- suka tgk movie..
4- saya suka jalan2 n travel jauh2 tp xde duit lagi nak pegi.
5- love computer games. klo main da kisah orang len dah..
6- saya seorang yang cepat bosan.
7- suka sangat ketawa..hee :)

p/s : this Award to all my followers.. tq =)





Monday, May 3, 2010

pantun jepun

hai..semua!! 

hari ini hari isnin, huh! macam biasa memang malas sangat nak g kerja. Bila da sampai hari isnin nie, mulalah duk kira hari lak. Nak tunggu ari jumaat. Ish!! teruk tol la aku nie!. bila la nak insaf! jadi rajin sikit. hehe... bilaaa ekkk!!
STOP!! ngarut je pagi2 isnin nie.. ntah pape jek. sian korang terpaksa baca mende2 ngarut..hehe

k la kali nie nak cerita sikit tentang cerita jepun, x kisah la filem, drama mahupon kartun jepun aku memang minat. otromen pon aku minat zaman kecik2 lu. tp skang giliran anak2 buah aku lak. anak buah aku yg pempuan tue la minat otromen cosmos..adess. cter kartun mickey mouse ke..ala2 barbie doll ke.. jangan harap la dia nak tgk.. yg ada fire2 tue la dia layan..

disebabkan tue la, aku teringat satu email nie. pantun yang khas untuk sape2 yg minat otromen..

so terimala berangkap2 pantun...

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksasa dikandung tanah
Otromen yang baik dikenang jua...

Dua tiga Raksasa berlari
Mana nak sama Raksasa Kero
Dua tiga Otromen boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro...

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Otromen dirikan
Kalau sungguh itu keja Raksasa
Badan dan kepala dia Oltromen 'fire'kan...

Kajang Oltromen kajang berlipat
Kajang Raksasa mengkuang layu
Kalau Oltromon Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu...

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Oltromen nyala...

Mengata dulang
paku serpih
Mengata Raksasa,
Oltromen Pulak yang lebih-lebih...

Sudah gaharu
cendana pula
Sudahlah kalah
di 'fire' pula.....??!!!!!!

hah! best x?? kalau best silalah komen.. hehe

p/s: tq angah share this email.. =)