Friday, May 7, 2010

DONT MISS THIS. PLEASE READ TILL END

pada pagi jumaat yg indah ini, gooseberry nak sher satu story nie. ini ialah karangan budak darjah 4. nama dan sekolah tidak diketahui..

papehal enjoy la yep..baca smpai abes taw.. =))


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya  bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.  Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya  dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu  feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. 



Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"  dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke  Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di  dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat  lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah  terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. 

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih  ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.

Saya  dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


hehe..camne tue ekk.. btol2 kemalangan ngeri..haha =D 

p/s: tq for to angah 4 sharing this email. =)

21 comments:

A D I A said...

ni betul2 karangan dia submit kat cikgu ke? tinggi tul imaginasi.. ni mesti banyak tgk tv ni..

gooseberries said...

Adia:
yg tu x pasti la. tp karangan nie mmg penuh dgn imaginasi..haha =D

sasha* said...

hahaha bongokla.lawak.i kdg cam takut gak bdk2 skrg ni.mcm anka buah i hr tu dia marah kami kacau dia.pstu dia ckp 'ambik pisau kang tumbuk kang' adoi neves i

gooseberries said...

sasha:
taw xpe.. bdk2 sekarang nie byk sgt pengaruh tv. tu la jdnya.

nughul said...

amik msa 15 minit nk abis baca..duk suka jee..wakaka

gooseberries said...

nughul:
haha..taw xpe. mula2 lu bersungguh2 baca. =)

TokNabe said...

Banyak pengaruh dari tv ni... :)

alif said...

gooseberries has left a new comment on your post "Ada Zombilerin Dugunu 2010 DVDRip":

macam pelik je zombi tue.. =P



Posted by gooseberries to !!! Syoknya Download Daily Update !!! at 5 May 2010 11:06

====================

ar ar ..mcm comel kan..

nanti dia hisap darah awk mlm ni..
nak ke..

shebut jer nama dia masa nak tido.
nanti dia datang dgn senyum manis!

zures said...

uiiikkkss tragis betullah kemalangan yang berlaku tu. bertimpa-timpa lak tu...macam citer katun lak. Apa-apa pun rasanya dunia realiti payah sikit kut benda tu nak berlaku...kecualilah atas kekuasaan Allah swt.

enyheartsdiamond said...

hahahaha.. klaka la budak nih:D

p/s: tgok video aksi i berskating kat blog k :D

ParkAir said...

karangan ni sangat ngeri, penuh ngan kematian, tapi cumil gtu.

afzainizam said...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

uhhhhh citer ni bukan kisah benarkan.... harap tak terjadi betul-betul
Sorry lama sungguh tak ziarah blog kamu maaf ye kerana kesibukan bekerja membataskan masa untuk berblog namun kita tetap kawan di alam maya..…

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
huhu, entah kali keberapa baca..
tapi masih gelak s0rang2..huhu..
mmG betul2 terpengaruh nie

afzainizam said...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Sorry lama sungguh tak ziarah blog kamu maaf ye kerana kesibukan bekerja membataskan masa untuk berblog namun kita tetap kawan di alam maya..…

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

YucIkA said...

HAHAHA...
xleh lah citer nih...

betul2 ngeri...HAHAHAHAHHAHAHA...rs nk golek2 je baca...

gooseberries said...

tok nabe:
mmg amat2 terpengaruh..hee

aliff:
huhu..jgn wat cter seram ekk

zures:
hee..tue rekaan budak tue jek. mmg mustahil la klo de otromen tu. tp x mustahil klau kematian yg tragik..

gooseberries said...

eny:
mmg klakar kan..hee.
nnti i jengguk blog u..

ParkAir:
mmg tragik tol..hee

afzainizam:
btol2 byk berkhayal dak nie..hee
selamat hari ibu..

gooseberries said...

azrai:
wsalam.. taw xper.mmg mengarut je lebey..hee

yucika:
mmg ngeri..haha =D

Hasrol Nizam said...

boleh mimpi ngeri ni kalau baca karangan camni hari2..erk

blueCITY® said...

salam,
hahhahaha...
kanak2 imagine nak jadi segala superhero yg ada
tapi menarik
heheheheh...

sihat ke tu dik
jaga diri

gooseberries said...

hasrol:
ntah2 nie mimpi dak nie je kot.

blue:
wsalam..chat kak.. =))
taw xpe.bdak2 nie mmg byk sgt imiginasi. tp tu la salah satu cara utk diorang berfikir. tp klau kna gak pantau agar x berlebihan. =))