Wednesday, May 19, 2010

Hampir dirogol ( Kisah Benar dari US)


Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)
credit to fatiha sharing this email.
 
Buat Renungan ....

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

 Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untukbercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
 
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
 
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengannikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongansebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlahdi mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr >r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.......


p/s: sori sebab gooseberry x dpt nak update selalu en3. disebabkan byk faktor2..hee 

tq gak kat adia & bella yg baru je tag gooseberry, nnti ada masa baru wat =)

hopefully my bro cpt2 sembuh, dia kena denggi minggu lepas.

to tasya my classmate kat mmc, selamat pengantin baru.. =)) 

20 comments:

sasha* said...

ada penjaga kan.bagusnya :)

gooseberries said...

tau xpe..btol2 hebat =)

Blog AkuShahim said...

syukur kepada Allah sbb x diapa2kan..

rossoneri said...

oh, yang ni penah baca...

wahidakhairy said...

sally, thanks berkongsi cerita yg menarik dan bagus untk wanita2 dlm
menjaga penampilan, aurat, keimanan diri dan yg terbesar, hikmah sebuah DOA..semoga Tuhan sentiasa melindungi kita dari anasir2 jahat...Ameen...sayang awak ya ukhti..

gooseberries said...

akushahim:
yup alhamdulillah =)

rossoneri:
hee.. yg nie da lama nyer.. =))

gooseberries said...

wahida:
yup..just berkongsi apa yang kita tahu. amat2 besar sekali kebesaran ayat2 Al-Quran. semoga kita sama2 diredhai dan dilindungi Allah. =)

Ezad said...

Memang besar n banyak kelebihan yang ade dlm ayat kursi..

Allah menjanjikan perlindungan pada hamba2 nya yang mengingati die.. Amin.

jane said...

pernah publish jugak entry ni kat blog dulu =)

kuasa Allah kan=)

gooseberries said...

ezad:
yup..mmg byk kelebihan yg boleh digunakan..

jane:
owh ye.. hee..sama2 kita sharing =))

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

bile dah bace ayat kursi tu..kite kena yakin yang kite dah dijaga dengan baik oleh allah

Yuni Aisyah said...

Kuasa Allah..=)
aslkan kita sebagai hambaNya tidak melupakan-Nya..

gooseberries said...

cik aida:
yup..yg penting yakin =)

yuni aisyah:
kita seharusnya ingat kepadaNya sepanjang masa. =)

Eyriqazz said...

pernah baca cerita ini...kuasa Tuhan,...

Umm,kalau disablekan word verification lagi mudah mengomen rasanya...

P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk
saya...mudah saya...register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:

http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
walaupun da pernah baca, tapi tak jemu untuk baca lg..memang agung kudrat-Nya, bagi mereka yG yakin..
sem0ga kita sentiasa berada di bawah payung lindungan-Nya

gooseberries said...

Eyriqazz:
yup begitu la kebesaranya..

okey nnti sy akan pantau semula n ok nnti insyallah sy akan vote =)

azrai:
wasalm, yup.. mmg betul. semoga kita sentiasa terpelihara. =))

ApekxHensem™ said...

hebat!!

gooseberries said...

apex:
mmg hebat!! =))

Nur AtiEtin said...

Aah..penangan ayat kursi memang bagus..byk lg cerita2 disebalik ayat kursi neh..Allah stiasa bsama kita wlaupn kt mne2..jom amalkan surah nie bsama2..=)

gooseberries said...

Nur Atietin:
yup2..sama2 la kita mengamalkanya =)