Wednesday, May 26, 2010

palajar belasah guru..

salam...

sejak akhir-akhir ini bermacam- macam kejadian yang berlaku. pelbagai kes melibatkan remaja. kes-kes juvana seperti gangsterism, kes buang anak dan bermacam-macam lagi. seingat aku la, dari time aku sekolah sampai la sekarang kes-kes seperti ini masih lagi wujud. dan ia semakin menjadi-jadi dan teruk. sampaikan sesetengah pihak cuba untuk membantu dan pelbagai cara serta aktiviti telah pon di buat. tetapi masih tetap sama.siapakah yg bersalah??persoalan ini masih lagi menjadi isu utama kepada semua individu

 
pagi tadi dengan mood yang okey, tetiba aku terbaca berita utama metro.kes tumbuk muka cikgu. alahai pe la nak jadi nie.

****KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.
Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.

Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.

Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.

“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.
****

huhu..baru umur 13 tahun dah pandai nak belasah cikgu. kalau adik aku da lama aku tampar. tp skang nie pon nak kasar-kasar semua x boleh sangat. x pasal-pasal jadi kes dera lak..hee
kalau cikgu pon budak ini sanggup belasah sebab tak puas hati, lagi la adik beradik dia ye tak. maybe mak ayah dia pon sanggup dia nak pukul kalau tak puas hati. haish takut la budak-budak sekarang nie. aku lu zaman sekolah x penah pon nak ada niat nak belasah cikgu. senakal n sejahat2 kawan-kawan sekolah dulu, x penah lagi la diorang nak pukul cikgu. pancit tayar kereta pon x sanggup lagi diorang nak wat.

setakat tak bawak buku teks n kena denda berdiri kat luar pon nak kecoh. aku lu kena berdiri + jalan itik+ ketuk ketampi lak tu, x penah terniat nak pukul ustazah tu. siap aku ingat sampai sekarang lagi, sebab denda2 cam tu la aku kredit bahasa arab tinggi..hee thank ustazah umi.. =)

so pada pendapat aku, setiap individu perlu mengambil peranan dalam kes2 sebegini. maybe budak tue terlalu agresif dan cepat marah. itu yg menyebabkan dia memberontak. cikgu tersebut tak bersalah sebab dia menjalankan tugasnya. lagi pon dia x berkasar dengan pelajarnya. ibu bapa pula jangn menyalah pihak2 yang lain. if boleh cuba pantau kegiatan anak2 supaya tidak terus tengelam dengan arus yang salah. maybe budak itu perlukan lebih perhatian. kepada setiap guru pula jalankan la tugas anda sebaik2 nya. tempuhi setiap cabaran yang semakin mencabar sekarang ini.

p/s: tag yg baru dpt last week, ada masa nnti baru ley wat.hee =)


11 comments:

cha said...

bdk2 skrg manja.marah sikit tak boleh,cubit sikit ngadu.mak bapak pn manja kan sgt anak.tu anak jd cam anak setan

gooseberries said...

cha:
taw xpe.. anak kena ckit je trus saman. cm ne la x naik lemak. diorang da duit nnti tau la akibatnya..hurmm

rossoneri said...

teringat sekolah menengah kita dulu..sekolah kita tu masa zaman 90an,mmg penuh dgn budak gangster ganas giler ah..sampaikan cikgu pun terpaksa jadi ala2 drama jepun GTO tuh...abg kita sempat ah merasa zaman ganas tuh..skrg ni sekolah tu makin lama makin okey..setiap pelajar lain2 perangai,masing2 ada masalah sendiri n kebanyakan dorang xtau nak handle..tu sebab kita xsanggup jadi cikgu,sbb memerlukan kesabaran yang amatttt sangat sabar

gooseberries said...

rossoneri:
tawu xpe.. mmg x sanggup nak jadi cikgu zaman skang nie. kang x pasal2 trun naik court..hee :)

Faizal The Newscaster said...

melampau dah budak-budak sekarang ni

gooseberries said...

faizal:
yep.. mmg kena ajar ckit budak2 nie =)

Ervina Razali said...

bdk2 skng da xmcm zaman mak ayh kite dulu..da xtakut cekgu..mse kt skola dlu,lau cekgu mrh je kompom la blik nnt kete cekgu la jd mngsa..hmm..sume nye b'mula dr rumah..bak kate pepatah "lentur buluh dr rebung nye.."
-sesuai ke aku nye pepatah nie???-
;))

gooseberries said...

haha..sesuai2. btol la tue. pape pon. kena ajar anak2 hormati orang lebey2 lagi orang yang lebih dewasa, x kisah sesiapa pon..kan

✿ shuhada said...

eiii berani n xmkn saman betul budak2 skrg ni. akak dulu even mak sendiri cekgu yg ngajo kelas pun asik kena marah juge.

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
hmM..banyak sebab jadi macam nie..
tak tahu nak cakap apa daa..
nak mengeluh pun da penat..
apa lagi nak buat?
KEMBALILAH....

gooseberries said...

shuhada:
tu la kan. x kisah la siapa pon kena marah ngan ckgu mmg perkara biasa. tp bdk2 skang nie da melampau.

azrai:
wsalam,
hurmm..da mcm2 cara yg boley dibuat. tp still mcm nie. so walau cm ne pon, kita semua nie la patut didik anak dgn tegas bkn memanja kan mereka. =)