Wednesday, June 23, 2010

download sakira..


gud morning!! semoga semua chat, gembira n ceria..ngee

hah..kenapa aku letak tajuk download sakira..because baru je semalam my friend sakira wat entry Shakira - Waka Waka

she said, ramai yang cari kat google lagu shakira waka kaka nie kan, tp tempias lak ngan nama dia n dia penah wat entry tentang FIFA World Cup 2010 theme song. hee
macam2 la kan... tp the problem is, aku nye blog pon ada gak tersesat. sebabnya aku banyak tag nama sakira kot..


tp x kisah la.. aku just dapat gak menumpang "kepopularan" shakira n sakira..hee

tp lagu waka waka nie best gak ekk. =D

Tuesday, June 22, 2010

hari ini hari selasa

salam wat semua..
hari ini hari selasa, esok hari  rabu. hari rabu last day aku kerja kat cita2 lengkap (yg da di translate ke bahasa melayu) haha
sayu la gak, sebab kerja kat cni lama la jugak. starting praktikal bulan 7 taun lepas. so just skip one month n then sambung semula kerja kat cnie. hurmm n then cuak gak bila nk study semula nie..haishh mcm2 bnda dlm kepala. so pas nie nak siapkan sume bnda yg diperlukan.

STOP lu..k. ada masa nanti baru update semula. 

Sunday, June 20, 2010

gooseberries kembali student

assalamualaikum semua..


first thing nak bagtua aku happy sangat sebab akhir nya aku dapat gak sambung degree..yay!!

walaupon da lambat ckit dari kwn2 aku, 
tp bila ada peluang cam nie.sape x nak kan.hari jumaat bru2 nie aku cek upu n akhirnya aku berjaya mendapat salah satu tempat di IPTA..


4 july nie aku mendaftar..n minggu nie aku bz ckit.. so tak dapat nak update sgt..hee

so sape2 yg dpt tue..ley r sher kegembiraan dengan aku neh.



Wednesday, June 16, 2010

Reading Store Giveway by suhaila



hai kawan2..




'Create


hari ini aku nak war war kan satu blog nie. blog yang aku maksudkan ialah myreadingstorebysuhaila. blog ini menyediakan dan menjual magazine secondhand books n novel. 
so sape2 yang da terlepas magazine yang keluaran bulan2 lepas..n then anda boleh cek kat blog nie kot2 ada dalam list diorang. so anda semua bolehlah order dengan tokey kedai ni iaitu cik suhaila.
kat blog cik suhaila nie ada byk pilihan magazine contohnya mingguan wanita, impiana, Pa n Ma, Perempuan, Rapi, Remaja,maskulin, cosmopolitan dan bermacam2 lagi magazine yang ada. 


buku2 motivasi berbahasa inggeris seperti buku ini yang bertajuk Work less, achieve more - Great Ideas to get your life back by Fergus O'Connell dengan hanya berharga RM25 sahaja termasuk postage. tidak ketinggalan buku-buku berbahasa melayu juga ada dijual.salah satunya ialah "Bagaimana akhirnya saya bertudung" by Ir.Endok Sempo Mohd Tahir hanya RM12 termasuk postage.
selain itu, buku -buku biografi seperti  Diana Ross - Unauthorized Biography by J.Randy Taraborelli Rm8 termasuk pos dan juga Kylie the Biography by Sean Smith yang berharga rM13 termasuk postage.


bagi anda yang berminat dengan Novel2 siri penyiasatan,Nancy drew series iaitu seperti The mystery of the Ivory Charm juga ada dijual dengan harga berpatutan iaitu rm9 sahaja termasuk postage. dan bermacam2 lagi novel termasuklah sdyney sheldon novel.


kepada peminat2 majalah, novel and suka membaca boleh la melayari blog cik suhaila ini. so jika ada yang berkenan dihati n ada di dalam list tersebut ley la order..hee
so pape pertanyaan korang ley masuk  blog ini..


ley la klik di sini yep..   

p/s :  Sempena dengan pembukaan blog myreadingstorebysuhaila, Cik suhaila ingin menganjurkan satu giveaway..Macam mana caranya?Senang aje..apa yg perlu korang buat adalah
1) mesti jadik follower blog myreadingstorebysuhaila2) copy banner dan paste dekat blog korang bersama dengan entry yang mempromosikan blog myreadingstorebysuhaila.Lepas itu jgn lupa tinggalkan komen dekat post tersebut supaya senang  nak refer balik blog korang...Entry yg paling kreatif akan dapat 1 buku/novel @ 2 or 3 Magazines (bergantung pd magazine apa) pilihan anda sendiri yg akan di pos kepada anda.Giveaway akan bermula pada 15-30 June 2010.

Jomla join Giveaway ni...





Tuesday, June 15, 2010

double lucky draw contest

salam semua..

hari ini xde aktiviti nak wat so tiba-tiba  terjumpa la satu contest nie kat blog azreen

DOUBLE LUCKY DRAW CONTEST!!

so aku terminat lak nak join..so jom la join sekali ngan aku..bkn kena byar pon hee

pastu sila lah baca syarat2 nya okey! =)







lucky draw ni sangat unik dan menarik!!





Kenapa Menarik?

1. Lucky draw ini adalah anjuran dari gabungan dua blogger kreatif yg berlainan jantina =)

2. Lucky draw ini terbahagi kepada 2 kategori; kategori lelaki dan perempuan

3. 2 pemenang bertuah akan dipilih (2 pemenang untuk setiap kategori)






Hadiahnya juga menarik! Setiap pemenang akan diberi header blog percuma + Topup RM10!






Syarat-syarat penyertaan :

2) Tulis entry pendek bahawa anda telah menyertai lucky draw ini. (jangan lupa link ke blog Azreen & Aleng )

3) letakkan kedua-dua banner di dalam blog anda (sidebar) <---copy banner code yg telah disediakan.

4) Sila tinggalkan link entry anda di dalam komen mengikut jantina (Kategori Lelaki : Azreen, Kategori Perempuan : Aleng )

5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Julai 2010.




so apa tunggu lagi jom la join..hee =))




Monday, June 14, 2010

amazing furniture

gud morning guyz...

jalan2 kat google td gooseberries terjumpa la gambar2 pelbagai jenis perabot untuk hiasan umah korang..hehe

tggu pe lagi jom tgk sesama... ngee =))




















hehe..okey tak  semua nie jd hiasan dlm  umah.hee

papepon credit for google.. 

JUST FOR FUN!!!  =D

p/s: gooseberries selsema..so xde idea nak wat entry.. uhukk

Friday, June 11, 2010

tension.....huh!

hello!!

entry pendek untuk hari ini...
just nak luahkan perasaan...
amat2 tension sekali.

kenapa still gaji aku x dapat2 lagi neh!!

arghhh!!! =((



byk  benda aku nak guna duit neh..haishh

sabar salina.....sabar okey!!!


*
*
*
*


ampun dan maap kwn2 sume.. tetibe rasa nak luahkan perasaan ckit..xpekan sekali sekala..
jgn takut lak..hee..
selalu2 la dtg jenguk gooseberries nie yep..
tata,..esok cuti ari sabtu yay!!







Thursday, June 10, 2010

lagenda budak setan..

malam kamis minggu lepas, aku, fatiha , angah and her husband sempat la menonton lagenda budak setan. sebenarnya nak tgk prince of persia. tp sound system lak rosak..haishh



aku sebenarnya x la teruja sangat nak tgk lagenda budak setan. sbb aku x penah pon baca novel nie. so aku just tau cerita cinta yang sedey. korang pon mesti da tau kan cerita nie macam mana.bg aku cite nie agak cedey gak,lagi2 dengan lagu temanya memang kena ngan cerita nie...

"Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu"

camtu la lagu nya cket..hee. tp dalam2 cerita yang sedih lagi pilu nie..mmg kedengaran la bunyi org teresak2..hee..

serius aku ckp la kan..aku byk gelak je. sbb memang kelakar skrip cerita tue. contoh ekk" masukkan cicak dalam cola? " oppss ada ke org ckp cola.walaupon cerita tue berlatarbelakangkan suasana pada tahun 80an dan 90an..ada ke masa tue org cakap cola.bkn coke ke..hurmm myb aku salah pk kot.. tp kebanyakkan aku tgk mcm ada yang kurang.g pon x semestinya semuanya perfect kan..hurmm nie just opinion aku jek..hee peace

pada pendapat aku cerita nie best la gak, tersentuh gak la jiwa karat aku nie kan..hee. suasana n gambar dalam cerita nie nmpak cantek sgt.cuma bila watak ayu (lisa surihani) da tukar org len da mcm x best sgt.. x sbr nak tggu the next filem nanti... masa tue mesti kashah akan jupe fazura tue kan..

sebelum nak tgk wayang, awal2 lagi kitorang da disajikan wayang free..hei!! papepon tggu la lampu  tutup lu..ish ishh. 

masa ngah khusyuk tgk cte, ade la plak satu group nie, tiket sama ngan kitorang. naseb bek kitorg duduk dulu..kalu x terpaksa la duk depan or kuar terus..hee

so sape2 yg da tgk ley share with me, n sape2 yg x tgk lagi..ikot korang la nk tgk ke tak..hahah =D



Tuesday, June 8, 2010

kuala lipis aku datang!!

salam pagi, tengah hari, petang dan malam...


entry lepas aku cerita perasaan aku yang amat excited nak balik kampung. sampai nak bekerja pon malas. so rakan-rakan blogger, jangan ikut tabiat yang x elok itu okey..hee. kalau ada kerja wat kerja, kalau xde on FB..hahaha..ley ke???


so amat2 la dikesali disebabkan aku x amek pic pon masa perjalanan balik kampung aritu. kalau tak, ngan driver2 bas tue sekali aku amik gambar. kebetulan kitorang balik nie sempat la gak kitorang menghadiri majlis perkahwinan kawan kitorang masa sekolah dulu.so tyme majlis tue je la sempat snap2 sekeping dua...hee

so pagi jumaat 4hb 6, aku balik ngan bersama kwn aku fatiha. dalam kul 8 lebih kitorang bertolak dari rumah. time tue jgn harap la nak naik bas. sanggup tunggu akak aku, sbb nak tumpang keta sampai lrt ampang. =))

sampai lrt ampang, duk la menunggu lrt . bila da naik bosan la plak dengan orang ramai nak g kerja. aku n fatiha lak duk berjauhan ckit. so xde la nak gosip2..neh..haishh.

" next station Masjed Jamek" berduyun2 org kuar lrt..fuhh lega. pastu fatiha pon dtg kat aku. pastu aku pasan sorang mamat nie asik2 pandang beg kitorang bwk. padahal aku bwk beg sandang n beg yellow pages je. fatiha pon lebih kurang sama je ngan aku.tp bukan beg yellow pages la..hee. pastu aku n fatiha terpk. dia berkenan kat beg nie kot..or dia pk mana la nak dapat beg nie. ada ke pandang beg jek, tuan beg nie  x cun ker??hahahah

akhirnya sampai gak la station titiwangsa, nak g naik bas kat pekeliling. sampai2 sana da pon ada bas kul 9, bas transnational .cpt2 kitorang beli tiket n beli makanan. sbb kitorang x bekfes lagi... masa fatiha bwk makanan dlm bas, driver tue lak boleh marah dia sbb bwk makanan. " Hah! bwk makanan..pastu buang merata2!! " mcm tue la kot pakcik bas tue marah..aku reka je setelah fatiha mengadu ngan aku tadi..heheh. 
bajet la pakcik nie, mana la kitorang nie nak buang smpah merata2 dalam bas. xpenah sesekali terniat pon. so sape2 penah buang sampah merata2 dlm bas korang la menyebabkan kitorang kena marah!!..ishh ishh

sepanjang perjalanan yang sunyi tue, ( pakcik tue x pasang radio) aku nye phone lak x ley pasang mp3..sume de prob..so kitorang pon borak2..ntah pape cter.. kuat lak tue n da la duk depan sekali. betul2 belakang pakcik bas tue..sampai kat tol gombak terus senyap. aku sedar2 da kat bandar raub..hee

sampai lipis kul 11.30. perghh terer r pakcik cepat gler sampai. biasanya kul 12 bru la tersemput2 sampai..alahai kena la duk menunggu bas nak balik umah lak. aku nie memang xde sape2 pon akan jemput. sbb ayah aku xde kereta.. naseb la berjanggut tunggu bas. tp aritu naseb bek la ckit sbb bas ada la plak. so kul 12.30 naik bas pakcik sms n terus balik umah. nak tau sal pakcik sms klik sini

esoknya, kitorang pergi la ke majlis perkahwinan Azmah. sempat la gak pergi salah satu majlis perkawinan kwn2 kitorang. sebenarnya ada dua majlis kawin.tp terpaksa la pergi salah satu tempat jek. ye la aku n fatiha mana la ada kenderaan.congrate jugak untuk imrah. kiranya dalam ramai2 kwn aku jemput b4 this, yg nie je la aku berkesempatan nak pergi. maaf ye kwn2.bukan x nak pergi majlis korang tp kadang2 ada hal lain or x sempat nk balik kampung. so mana2 yg sempat n ley aku g ofcoz aku x kan ketinggalan meriah kan majlis korang.


so nie je la pic yg dpt sher ngan korang.. hee papepon congrate Azmah..

n then memang ramai sgt yg kawin ari tu. tiap2 kampung mesti ada satu majlis. perghh x yah masak untuk 2 n 3 ari tue..heheh

ari ahad kul 2, kitorang naik bas leng siong ( x tau la spell betul ke x..) ke kl. bas from lipis ke kl xde pilihan pon.just ada trans n leng siong nie jela..sadis tol. tp memang x ley blah upenye still dpt seat depat sekali.. the problem is, seat depan yg xde penghadang langsung..  bayangkanlah cm ne if bas tue break tiba2..haishh. 

tp alhamdulilah, sumenya selamat. pakcik bas tue pon bwk dengan berhati2.. memang sampai tepat 3 jam, kul 5 ptg.. so xde nak kemana, kiotang terus balik umah. =) pastu masing2 pk, alahai esok keje ..

so kalau rasa cite nie ntah pape x yah la baca k..hahah ( last2 baru bgtau..hee)

p/s:kepada saedah yg tag goose time kasih..so ada masa nnti goose jwb kan..hee



Thursday, June 3, 2010

mood: balik kampung

salam guyz..

hari ini last day keje..hurray!!
sebab aku cuti hari esok..yay. happy!!!
da 2 n 3 ari nie xde mood langsung. ari nie je semangat wat keje.hahah
pagi2 terus siapkan keje yg tertangguh..lalalala
tak on facebook pon..hee. baru jap td la on n ley la mengisi kekosongan waktu dgn mengisi 1 entry. 
so esok balik kampung sampai ahad. so bye2 bloggers. 
doakan kan aku balik kampung dengan selamatnya. 
esok balik naik bas setelah agak lama tak naik bas express nie..hee
(ingat g peristiwa penah gaduh ngan pengurus bas kat situ..lalala, 
nnti de masa aku ceritakan..hee)

so sape2 yang balik kampung gak this week..

selamat balik kampung..hahah ley cam tue.

 k r tata 

 =))


Tuesday, June 1, 2010

keyword..

salam semua wahai bloggers..

pada pagi nan indah nie.. gooseberries xde idea langsung nak wat N3. pastu xde mood la plak. lost semua memory yang nak cerita kat korang. tp esok2, lusa ke.. nanti aku update balik..hee

so dgn en3 yang x seberapa ni, harap2 korang sanggup la baca ekk. bkn de pape pon just nak tunjuk 1 keyword nie masa aku nak tgk traffik kat nuff.

ni dia...tadaaa!!!!!


nak lebih jelas..silalah klik gambar di atas.

hurmm.pelik tak? selama aku post n3 x penah la ade bab2 ..teeettt!! suci dan murni je blog aku nie. sape la type keyword nie hahah. =D
 
so kepada semua bloggers, selamat berblogging. selamat semuanya.
p/s: sal tag yg blom aku wat. tq. tp myb lambat lg la aku jwb tag2 tue k..hee =)