Tuesday, October 26, 2010

hey guyz..

hampir 4 bulan aku menjadi student utm. bermacam-macam perkara yang berlaku. happy, sedih, marah bercampur baur dalam meniti kehidupan aku kat sini. hopefully, aku akan menjadi seorang amat tabah dan akan lebih mematangkan aku...insyallah

walaupun aku agak ketinggalan berita terkini, tetapi aku masih mencuba untuk mendapatkan berita-berita semasa. so aku tahu la gak pasal subjek sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus pada spm 2013. so disebabkan berita tersebut aku terpk pasal kelas Hubungan Etnik yang aku ambil sekarang.

tepat kul 10pg tadi maka tamatla kelas Hubungan Etnik. hurmm bagi aku, kelas ni macam belajar sejarah je kat sekolah. aku tak la minat pun sunjek nie, tetapi setelah masuk selama 13 minggu kalau x silap lar kan. aku rasa kelas ni la paling best n paling sorting. walaupun aku tak kenal pun ahli-ahli kelas nie disebabkan berlainan course.

yang paling aku ingat ialah lecturernya, iaitu prof dr Norhani Bakri. dia ni mak salah seorang kawan sekelas aku kat cnie. ermm memang best sebab dia bukan sahaja mengajar tetapi telah memberi peluang untuk pelajar mengasah bakat supaya lebih berani. pertama kali masuk ke kelas, kami semua satu kelas perlu membuat satu kumpulan yang mesti bercampur semua etnik. 



akhirnya setelah kumpulan ditubuhkan, maka wujudlah ahli kumpulan berbilang etnik. n then first task kami ialah kena berlakon. tergamam aku sekejap. tp x kisah la aku still redah jek. so group aku wat la cerita tentang semangat kejiranan. time berlakon tu xde skrip langsung. memang kami redah jek. alahai malu lak asenye.. n then task kena cari video kebudayaan pelbagai etnik kat malaysia. so dengan task yang diberikan memang nampak macam senang dan agak meremehkan tetapi ia telah memberikan kami satu impak yang baru di dalam sistem permbelajaran. disebabkan faktor-faktor yang demikian tak de la aku mengantuk dalam kelas. tapi yang paling penting semangat 1 Malaysia telah diwujudkan. suasana persekitaran bercampur ke semua etnik banyak membantu komunikasi antara kami. maka xde la jurang di antara kaum-kaum kat Malaysia nie.

so disebabkan hari nie hari terakhir, setiap group diminta memberi kesimpulan dan menyanyi satu lagu patriotik. memang seronok dan 1 kelas kelihatan bersemangat menyanyikan lagu pilihan kumpulan masing-masing. so apa yang aku dapat simpulkan di sini ialah walaupun kita rakyat Malaysia duduk dikalangan pelbagai kaum, tetapi masih wujud jurang diantara kita. ini kerana masalah komunikasi, bahasa dan juga budaya yang berbeza. bagi pendapat saya wajar la subjek Hubungan Etnik ini di kekalkan dan juga aku amat bersetuju subjek sejarah menjadi subjek wajib lulus.