Saturday, November 6, 2010

multimedia

salam..

tinggal lagi dua hari lagi untuk aku menjawab paper pertama hari selasa nie. selepas tu, diikuti paper pada hari kamis.. ptg tu gak aku balik..yay!! x sabar nye nak balik kampung..macam da lama sangat tak balik nie.

paper yang pertama nanti ialah sistem teknologi pengajaran. ada gak masuk multimedia sikit. hurm bila teringat study kat multimedia college dulu, rindu lak nak belajar multimedia. best dan seronok sangat. tp bila da berpeluang belajar dulu x praktik kan sangat pun. paling ingat sampai sekarang apabila kami ditugaskan membuat satu projek animasi. perasaan rasa best sangat. tapi bila da mula buat tugasan tue, mula la rasa susah. nak guna macromedia flash bukanlah senang. memang betul2 mencabar dan memerlukan kesabaran. lagi2 kena ada skill nak wat character n then cara nak guna flash.masa buat animasi ni lah banyak pertengkaran.

kelakar lak rasanya, perkara-perkara yang kecik dibesarkan. tapi alhamdulillah Baladin (baladin tajuk animation) akhirnya selamat di hantar..hee. tetapi sepanjang perjalanan semasa menyiapkan baladin memang mencabar. salah satu sebab kenapa baladin tidak mengikut seperti yang dirancang, masa untuk membuat animasi ini, tidak mencukupi, tidak bekerjasama dan sebenarnya banyak buat last minit.







ini ialah hasil yang group aku wat.. 
(thanx to emy farhana, assila, fuad, fairul dan sahrul nizam aka p.long)


selain animasi, aku ada gak la belajar mereka laman web, photoshop dan illustrator. seronok sangat dapat belajar benda nie semua. tp malangnya my lappy xde software nie sume da. terpaksa dibuang...huhu

semasa belajar sistem teknologi pengajaran nie, pon ade presentation group yang perlu buat presentation menggunakan flash. selamat la gak coz group aku x terkena flash. so my group setelah diundi, kami kena wat teknik pengajaran menggunakan OHP. kena stail yang paling lama lak tuh. walaupun teknik ini menggunakan manual tetapi still group kami enjoy menyiapkannya. macam2 kreativiti yang ada. yang paling penting baru aku tahu OHP bukan sekadar menutup tulisan dengan kertas tetapi banyak teknik-teknik yang boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton. contohnya teknik anyaman, gelongsor, tetingkap, animasi dan sebagainya.

so multimedia memang menarik. aku memang suka sangat. cuma aku hanya berminat tetapi kurang kemahiran.. :)

Monday, November 1, 2010

teeettt..

selamat malam sume...


alhamdulilah.. nurul amirah telah selamat ditemui..cuma cerita sebenar aku x dpt aku tahu lagi.. tapi x kisah lah janji dah jupe kan..






hurm..sebenarnya x tau nak update pe.. sebab sekarang time study week. aku pon x reti2 nak study..hehe


hopefully aku dapat jawab dengan baik final exam nnti.. amin..