Monday, January 17, 2011

sekarang saya faham..

pang!!! adess 
sekarang nie asyik mengantuk jek. 

awal2 semester da start bahagikan group dan dapat asignment. sem ni memang terbaik la. kebanyakan subjek kena research journal. da tertukar2 journal da. sampai x tau beza journal antara subjek.semuanya nampak sama n  lebih kurang jek. tp nak wat cam ne kan. x wat kang, alamatnya xde la carry mark. nak tumpu final je..harapanlah :)

tapi yang paling aku suka, bila kena wat video. sebabnya, x payah nak baca journal. yang paling penting dapat jadi pelakon. jadi extra pun xpe. janji dapat gak masuk lam video tu. yela muka aku kenalah ada gak, walaupon bukanla pelakon utama. hehe.. poyo je kan..macam la nak berlakon betul2. 



sebenarnya, untuk subjek training design, kena wat satu video ape2 topik yang telah disenaraikan. so group aku pilih untuk wat writing resume. ermm da dua kali meeting, so story board n skrip da pon siap. cerita ringkas jek. cerita nie kitorang reka bersama2. so ringkasan serba sedikit cerita ni ialah tentang seorang graduan yang x pandai membuat resume dan nak mintak kerja. so disebabkan masalah tersebut, dia tidak dapat kerja. so cam tue la. x ley la cerita sampai abeskan. video nie pendek jek hanya untuk durasi 10 minit sahaja.

first time aku wat video nie. harap2 ok la. sekurang2nya ilmu multimedia kat mmc lu still berguna.. 


p/s: thanx sape2 yg sudi datang blog nie, sori myb ade yg terlepas pandang utk follow or untuk melawat. ade masa gooseberry dtg ler... :)


Monday, January 3, 2011

~kembali berjuang~

salam..

semalam bersamaan 2hb januari 2011, maka kembalilah aku ke tanah skudai. oh tidak!! kembali nya aku untuk berjuang. so nak x nak kena jugak menjalankan tanggungjawab nie. kiranya x terlambat lagi la kan nak wish HAPPY NEW YEAR!!..



so da masuk taun baru kenalah gak ada azam baru kan. azam baru aku ialah naik kan pointer lagi. result da ok cuma kena perbaiki lagi. azam lain..xde.hee. 

hari ini, dari pagi duk kat pejabat fakulti. masalah kami lepasan diploma yang tak abes2 dari sem 1 lagi. masalah jadual bertindih, kod subjek tak sama la. macam-macam la yang berlaku.tp kami je la yang kena macam tue. nasib la kami ramai jugak. so dapatla tolong antara satu sama lain. harap semuanya ok dan dapat masuk kelas macam biasa. tak sabar da nak belajar nie.. 

penatnya rasa ari nie, semalam degil tak nak kemas barang. hari ni barulah sibuk nak kemas barang. da siap da semua. semalam memang rasa penat sangat. aku naik bas 2 tingkat. bas penuh atas dan bawah. aku duk kat atas. faham2 la kat tempat duduk atas agak sempit. kaki pon tersepit je. 4 jam kena duk camtu, nak tidur pun x sempat. tp xpe la janji lepas gak balik dengan selamat.

k la.. nak tidur laks... =)