Sunday, September 25, 2011

abduction

gud morning!!

hari jumaat petang tengah syok online ngan dba tetiba lak ada announcement... " kepada semua penghuni kolej bla bla..pada 24 hb jam 9pg hgga 3 ptg.. kerja2 pembaik pulih elektrik akan dilaksanakan" 

lar... xde letrik la plak.. sume da wat muka tension.

so esok nya aku ngan anne wat keputusan nak kuar tgk movie... so kami plan la nak g jusco tebrau. sampai je kat sana..mmg ramai sgt orang. tak tau la kenapa. agak pelik jugaklah.biasanya x la ramai orang sangat.  Tapi x la kisah pon orang ramai ke x janji plan tgk movie still kami teruskan. so kami wat keputusan untuk tgk movie abduction.



firstly sebab nak tengok cerita ni, ialah kerana heronya..hahah hero movie ni Tailor Lautner. suka sangat2 masa dalam movie twilight. 

Abduction mengisahkan Nathan lakonan Tailor Lautner yang secara tidak sengaja mengetahui beliau adalah anak angkat kepada pasangan Kevin dan isterinya Mara. Rahsia tersebut terbongkar apabila beliau terjumpa d satu laman web berkaitan kes kehilangan kanak-kanak di US semasa beliau membuat tugasan dengan rakan kolejnya. Nathan terjumpa gambarnya sendiri ketika dia masih kanak-kanak.
Keluarga angkatnya yang sanggup berkorban nyawa demi keselamatannya menimbulkan tanda tanya kepadanya. Bapa kandungnya iaitu Martin terpaksa menyerahkan Nathan di bawah jagaan Kevin dan Mara selepas ibunya dibunuh.
Jalan cerita yang amat menarik dan bergerak lancar serta misteri yang mendebarkan membuat perasaan  ingin tahu kesudahan cerita ini. 

so, bagi pendapat cerita ni memang best. wajib tengok..hehe. bukan sebab heronya sahaja malahan jalan cerita yang jugak menarik.....


* pe lagi korang g la tgk..hahah. =D

Wednesday, September 21, 2011

life yang berterabur..

selamat pagi....



pagi yang indah, sambil makan lak sekeping biskut, duk tepi tingkap tgk orang pegi kelas..hehe mentang2 la aku free ari nie. kehidupan yang nampaknye indah tetapi banyak menimbulkan kegusaran di dalam hai aku ini. semakin berumurnya seseorang semakin matang.. betul ke?
aku rasa walaupun aku ni berusia berbanding dengan kawan2 aku yang lain tetapi kadang kala aku berfikiran tidak matang. mungkin kah disebabkan ini aku perlu berfikiran lebih matang agar setiap kali perbincangan di dalam kelas aku boleh mengeluarkan pendapat yang lebih bernas. melihat setiap kali perbincangan di dalam kelas aku x mampu mengeluarkan idea yang baik dan kurang diterima olah orang lain.
aku rasa aku perlu lebih banyak membaca berkaitan dengan course aku.mungkin disebabkan aku kurang berminat dengannya menyebabkan aku kadang kala berfikir secara sambil lewa. nak patah balik da jauh da nie., sekurang2nya aku akan cuba pupuk minat yang mendalam lagi.. hopefully aku akan lebih matang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa.
yang paling penting aku perlu lebih berkeyakinan tinggi untuk bercakap di hadapan dengan tidak bergantung kepada teks. aku perlu berusaha lebih lagi. ini disebabkan aku x nak dipandang rendah oleh mereka lagi. aku juga boleh untuk menjadi setanding dan sehebat mereka semua.
serius, aku da mula down. tapi aku hara aku akan lebih kuat semangat untuk menempuh pelbagai cabaran lagi nanti. aku harap aku x terus tengelam, dan kembali menyinar dan cuba bersaing dengan mereka semua.

chayok2 Salina!!!!!  =D