Wednesday, September 21, 2011

life yang berterabur..

selamat pagi....



pagi yang indah, sambil makan lak sekeping biskut, duk tepi tingkap tgk orang pegi kelas..hehe mentang2 la aku free ari nie. kehidupan yang nampaknye indah tetapi banyak menimbulkan kegusaran di dalam hai aku ini. semakin berumurnya seseorang semakin matang.. betul ke?
aku rasa walaupun aku ni berusia berbanding dengan kawan2 aku yang lain tetapi kadang kala aku berfikiran tidak matang. mungkin kah disebabkan ini aku perlu berfikiran lebih matang agar setiap kali perbincangan di dalam kelas aku boleh mengeluarkan pendapat yang lebih bernas. melihat setiap kali perbincangan di dalam kelas aku x mampu mengeluarkan idea yang baik dan kurang diterima olah orang lain.
aku rasa aku perlu lebih banyak membaca berkaitan dengan course aku.mungkin disebabkan aku kurang berminat dengannya menyebabkan aku kadang kala berfikir secara sambil lewa. nak patah balik da jauh da nie., sekurang2nya aku akan cuba pupuk minat yang mendalam lagi.. hopefully aku akan lebih matang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa.
yang paling penting aku perlu lebih berkeyakinan tinggi untuk bercakap di hadapan dengan tidak bergantung kepada teks. aku perlu berusaha lebih lagi. ini disebabkan aku x nak dipandang rendah oleh mereka lagi. aku juga boleh untuk menjadi setanding dan sehebat mereka semua.
serius, aku da mula down. tapi aku hara aku akan lebih kuat semangat untuk menempuh pelbagai cabaran lagi nanti. aku harap aku x terus tengelam, dan kembali menyinar dan cuba bersaing dengan mereka semua.

chayok2 Salina!!!!!  =D

No comments: